Friday 15 June 2012


           
                                                                        



Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) adalah pelajar yang berkhidmat dan membantu pelajar lain, terutama mereka yang memerlukan bantuan di dalam mengendalikan masalah. Pembimbing Rakan Sebaya akan dilatih oleh Kaunselor bagaimana menjadi seorang pendengar yang aktif. Mereka juga akan dilatih di dalam bidang perhubungan manusia supaya ia berupaya menggalakkan rakan-rakan berbincang tentang masalah, pandangan, kebimbangan dan lain-lain perkara lagi. Maklumat-maklumat yang diberi akan dirahsiakan. Pembimbing Rakan Sebaya dilatih bagaimana menjadi seorang kawan yang berkesan melalui pembinaan hubungan yang berasaskan rasa hormat dan memahami. Pembimbing Rakan Sebaya akan diselia dengan teliti oleh Kaunselor dalam masa mereka menjalankan tugas. Satu faedah yang didapati ialah dalam masa mereka membantu rakan memahami diri dan masalahnya, Pembimbing Rakan Sebaya akan belajar memahami dirinya sendiri. Ini yang dipanggil kesedaran kendiri (Self-awareness).


Adakah anda berminat mengikuti latihan ini?

Ringkasnya, Pembimbing Rakan Sebaya adalah;
·                     Seorang yang mesra dan senang bergaul dan berupaya membantu orang lain.
·                     Mempunyai sifat menerima, sabar, mengambil berat, minat dan boleh dipercayai.
·                     Mempunyai sikap yang positif terhadap rakan-rakan sebaya, sekolah dan juga orang lain.

Apakah tanggungjawab Pembimbing Rakan Sebaya?

·                     Menjadi pendengar yang faham kepada masalah orang lain.
·                     Membantu Kaunselor di dalam semua aktiviti Bimbingan dan Kaunseling.
·                     Membantu pelajar baru dalam masa orentasi.
·                     Memimpin kumpulan perbincangan.
·                     Membantu Kaunselor dalam mengendalikan Kaunseling Kelompok.
·                     Menjadi tenaga pengajar kepada pelajar yang lemah dalam akademik
·                     Menjadi contoh terbaik kepada pelajar lain.
·                     Merancang projek, membantu pelajar yang memerlukan bantuan dari segi moral dan     material.
·                     Membantu menjayakan kempen-kempen unutk faedah pelajar.