Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) adalah pelajar yang
berkhidmat dan membantu pelajar lain, terutama mereka yang memerlukan bantuan
di dalam mengendalikan masalah. Pembimbing Rakan Sebaya akan dilatih oleh
Kaunselor bagaimana menjadi seorang pendengar yang aktif. Mereka juga akan
dilatih di dalam bidang perhubungan manusia supaya ia berupaya menggalakkan
rakan-rakan berbincang tentang masalah, pandangan, kebimbangan dan lain-lain
perkara lagi. Maklumat-maklumat yang diberi akan dirahsiakan. Pembimbing Rakan
Sebaya dilatih bagaimana menjadi seorang kawan yang berkesan melalui pembinaan
hubungan yang berasaskan rasa hormat dan memahami. Pembimbing Rakan Sebaya akan
diselia dengan teliti oleh Kaunselor dalam masa mereka menjalankan tugas. Satu
faedah yang didapati ialah dalam masa mereka membantu rakan memahami diri dan
masalahnya, Pembimbing Rakan Sebaya akan belajar memahami dirinya sendiri. Ini
yang dipanggil kesedaran kendiri (Self-awareness).
Adakah anda berminat mengikuti latihan ini?
Ringkasnya, Pembimbing Rakan Sebaya adalah;
·
Seorang
yang mesra dan senang bergaul dan berupaya membantu orang lain.
·
Mempunyai
sifat menerima, sabar, mengambil berat, minat dan boleh dipercayai.
·
Mempunyai
sikap yang positif terhadap rakan-rakan sebaya, sekolah dan juga orang lain.
Apakah tanggungjawab
Pembimbing Rakan Sebaya?
·
Menjadi
pendengar yang faham kepada masalah orang lain.
·
Membantu
Kaunselor di dalam semua aktiviti Bimbingan dan Kaunseling.
·
Membantu pelajar baru
dalam masa orentasi.
·
Memimpin kumpulan
perbincangan.
·
Membantu Kaunselor
dalam mengendalikan Kaunseling Kelompok.
·
Menjadi
tenaga pengajar kepada pelajar yang lemah dalam akademik
·
Menjadi contoh terbaik
kepada pelajar lain.
·
Merancang
projek, membantu pelajar yang memerlukan bantuan dari segi moral dan material.
·
Membantu
menjayakan kempen-kempen unutk faedah pelajar.
No comments:
Post a Comment